Search This Blog

Monday, 8 August 2011

DI DALAM DILEMA

assalamualaikum...
hari ni aku masih lagi memikirkan permasalahan yang masih lagi belum terungkai...ke manakah arahnya tujuanku di masa depan.aku sedang mencari rentak di dalam kehidupanku..kalau dahulu aku selesa dengan kehidupanku yang lalu, namun ianya sudah disentap daripada milikanku sendiri..aku terpana seketika pabila kemewahan itu diragut semula daripadaku, namun ia banyak memberikan aku erti kehidupan sebenar..aku mampu menilai antara intan dan kaca...antara sahabat dan sebaliknya. aku akui di belakangku masih banyak lagi suara-suara sumbang yang menghina dan mencela aku, namun aku tetap akan terus berjalan, menuju tujuanku di sana.
kau mampu patahkan sayapku
kau mampu tambatkan kedua kakiku
namun kau tak akan dapat mematahkan semangatku untuk hidup
AKU AKAN TETAP TERUS BERJUANG, BIARPUN AKU KEHILANGAN SAYAP UTAMA PERJUANGANKU

No comments:

Post a Comment